Saturday, July 2, 2016

Kebaikan Omega-3

Saya & Kolesterol

Dalam entry saya yg terdahulu, saya pernah sentuh tentang kebaikan minyak ikan. Dan mmg menjadi amalan saya sejak 2012 (since kadar kolesterol saya sangat tinggi - 7.5!) makan 3 biji Omega Guard Shaklee setiap hari. Hasilnya, tahun 2016, kadar kolesterol saya turun menjadi 5.87. Walaupun masih melepasi tahap yg "dibenarkan" saya dah cukup bersyukur sebab banyak turun. Ya, badan saya kurus, maintain bak kata org, tapi kolesterol tinggi yo!



Tengok tu, kolesterol saya 7.5 (tahun 2012) compare to 5.87 pada 2016.
Tang jaga makan, diet whatsoever, jangan haraplah. Saya bukan jenis org yg jaga sangat pemakanan hehehe.. Saya ni jenis pemakan, suka makanan sedap & mesti ada makanan di sisi. Kecuali time puasa (boleh pulak ye? ;p). Saya rasa kurang nikmat hidup kalau tak dapat makan makanan yg best2 hahahaha.. If saya jaga pemakanan, dan continue with this superb fish oil, sure kadar kolesterol saya sangat2 baik bacaannya... :) Insyaallah, akan diusahakan :D

Perlu ke minyak ikan dalam diet seharian?

Kalau tanya saya, yes saya akan cakap perlu. Unless u boleh make sure u ambil 12oz minyak ikan seminggu, dan pastikan ikan-ikan tersebut bebas daripada pencemaran & merkuri. Ada beran? Jika pesakit jantung atau high cholestrol mcm saya ni, dah tentu kena ambil lebih lagi. 

Apa kegunaan minyak ikan? (Sumber : https://draxe.com/fish-oil-benefits-health/)
  1. Membantu mengurangkan simptom ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). So kalau ada anak-anak yg menghidap ADHD, boleh cuba ambil minyak ikan untuk mengurangkan simptom seperti tidak fokus, hiperaktif, tidak boleh duduk diam dan juga sikap yang tidak boleh dikawal. 
  2. Membantu mengurangkan perasaan gementar/bimbang yang keterlaluan (menenangkan diri).
  3. Membantu pesakit arthritis.
  4. Mencegah penyakit Alzheimer (nyanyuk/pelupa). Omega-3 ada DHA yg boleh membantu membina sel-sel otak yang baik (sebab itu ibu mengandung disaran mengambil minyak ikan utk perkembangan otak bayi).
  5. Membantu mencegah kanser terutama kanser kolon, kanser payudara dan kanser prostat.
  6. Membantu mengurangkan tekanan (depression).
  7. Membantu mengurangkan risiko diabetes.
  8. Menyihatkan mata.
  9. Menyihatkan sistem kardiovaskular (jantung).
  10. Membantu menguatkan sistem imun. 

Sumber : https://draxe.com/fish-oil-benefits-health


Kenapa Omega Guard Shaklee?

Bukan sebarang ikan ada minyak ikan yang mengandungi Omega-3. Biasanya ikan laut dalam & sejuk yang mempunyai Omega-3 dalam minyaknya. Dan..... bukan semua ikan laut dalam & sejuk tu bebas daripada pencemaran dan raksa (merkuri). Dan lagi..... bukan semua kilang makanan tambahan memproses minyak ikan ni dengan kaedah yang selamat, berkesan dan terjamin kualiti Omega-3 yang terhasil daripada pemprosesan tersebut. 

Ikan yang mengandungi Omega-3 yang tinggi terdiri daripada ikan salmon, tuna, ikan bilis, herring, makerel (kembung), sardin, dll. Namun, ikan-ikan ini mengandungi kandungan merkuri seperti berikut:

Ikan pemangsa (besar):
  • Swordfish - 0.995 ppm
  • King Mackerel - 0.730 ppm
  • Grouper - 0.448 ppm
  • Tuna (both fresh & frozen) - 0.391 ppm
Ikan kecil:
  • Herring, Sardines - 0.084 ppm
  • Spanish mackerel - 0.182 ppm
  • Halibut - 0.241 ppm
  • Tuna - 0.358 ppm
  • Anchovy (ikan bilis) - 0.017 ppm
  • Sardines - 0.013 ppm
Kenapa ikan pemangsa lebih tinggi kandungan merkuri? Sebab ikan-ikan ni pemangsa, makan semua mak nenek dalam laut tu. Jadi kadar pendedahan ikan-ikan ni terhadap pencemaran dan merkuri adalah tinggi. Ikan kecil pula hanya makan tumbuhan dan "bukan pelahap" :p so kadar merkuri dalam ikan-ikan ni terlalu sedikit dan amatlah selamat untuk kita manusia ni... (sumber : http://www.icelandhealth.com/resources/know-fish-oils/)

So, kenapa Omega Guard Shaklee? 

Omega Guard Shaklee ni...
  1. Diperoleh dari ikan bilis (anchovy)
  2. Mengandungi 540mg EPA & 360mg DHA bagi setiap 3 kapsul (bersamaan lebih kurang 1000 mg minyak ikan) - kadar EPA & DHA yang tinggi berbanding jenama lain.
  3. Melalui 3 peringkat penyulingan molekul supaya minyak ikan yg terhasil lebih bersih, selamat dan bebas daripada bahan-bahan tercemar. 
  4. Lebih nilai untuk wang anda ;) (tak percaya cuba compare kan harga Omega Guard Shaklee ni dengan minyak ikan brand lain, compare juga dari segi kandungan dan sumber ikan ya).

Nak cuba kebaikan Omega Guard? Boleh contact your trusted Shaklee Supervisor, Nazihah ;)

No comments:

Post a Comment